6.02.2009
Makanan Beku, Islam dipersendakan!!
Saya dan rakan-rakan saya daripada beberapa universiti mengikuti perkembangan industri Halal di Negara ini dengan penuh kebimbangan. Terkini, HDC telahpun dilantik untuk mengambil tugasan mengeluarkan sijil halal daripada JAKIM kepada para pengeluar makanan di dalam dan luar Negara.
Kami melihat perlantikan yang ternampak tergesa-gesa ini akan menghadapi masalah yang lebih besar dan saya risau perlantikan ini merupakan satu langkah ke belakang ke arah usaha Malaysia, sebagai negara Islam untuk mewujudkan halalhub yang dipercayai dan diyakini di dunia. Kini telahpun kedengaran ada Negara seperti Brunei dan beberapa Negara arab tidak menerima pensijilan yang dikeluarkan oleh Malaysia melalui JAKIM. Dalam kekalutan ini semua akta halal yang telah lama dikehendaki oleh pengguna Islam masih tidak kelihatan sejak ianya dicadangkan oleh PPIM lebih sepuluh tahun dahulu. Kenapa ini berlaku? Apakah ada agenda yang kita rakyat tidak ketahui.
petikan artikel email pilihan PPIM....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Org islam jaga lah kesucian dan kehalalan sesuatu makanan...makan hok org islam buat jer..baru anak2 dop rosak..jiwa rosok
ReplyDelete