**AHLAN WASAHLAN**

Ikuti Program Ilmu Usahawan dan Herba Perubatan Jawi yang diatur oleh HPA : PBC, PIC, KPJ, Sijil Herbalis : Program HPA
BERSAMA HPA MEMARTABATKAN PRODUK HALAL ISLAM KELUARAN BUMIPUTRA ISLAM
Blinking Text - http://hpa-halal4u.blogspot.com

8.05.2009

Lucky Instant Noodle

Berhati-hati dengan Mee segera jenama ini
Photobucket

Berikut adalah berita dari Singapura:
Muis siasat mi segera 'Halal' berperisa babi

Masyarakat Singapura dinasihat berhati-hati memilih makanan

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjalankan siasatan mengenai penjualan mi segera berperisa babi yang mempunyai tanda halal di negara itu.
PhotobucketBerita Harian yang melaporkan kenyataan Muis kelmarin berkata bahawa produk berasal dari Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam itu didakwa pengeluarnya memperoleh sijil halal daripada pihak penguasa Islam di negara itu.

"Sementara Muis menyiasat hal ini, kami ingin menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dalam memilih barangan makanan serta memerhatikan juga bahan yang digunakan.

"enting bagi mereka membaca bahan yang digunakan dalam pembuatan produk yang ingin dibeli," kata Muis dalam kenyataan berkenaan.

Pihak berkuasa agama itu juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Muis pertama kali menerima e-mel mengenai hal itu kelmarin dan membalas kepada pengirimnya dengan berkata bahawa Muis sudah memulakan siasatan membabitkan perkara berkenaan.

Kelmarin, Berita Harian berkenaan melalui halaman Forum surat kiriman seorang pembaca, menyiarkan aduan Amir Amin, mengenai perkara yang sama.

Pembaca terbabit menceritakan pengalaman beliau terjumpa mi segera jenama Lucky Instant Noodle berperisa babi tetapi memiliki label halal di sebuah pasar raya di Woodlands.

Selepas dimaklumkan, pasar raya terbabit segera menarik balik produk berkenaan, kata Amir. – Agensi

dipetik dari http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=350552