**AHLAN WASAHLAN**

Ikuti Program Ilmu Usahawan dan Herba Perubatan Jawi yang diatur oleh HPA : PBC, PIC, KPJ, Sijil Herbalis : Program HPA
BERSAMA HPA MEMARTABATKAN PRODUK HALAL ISLAM KELUARAN BUMIPUTRA ISLAM
Blinking Text - http://hpa-halal4u.blogspot.com

5.05.2009

PJS Sharifah Sulaiman

KAK PAH : SRIKANDI HPA
DI UTARA.
kakpah7

Sejarah tidak pernah padam. Setiap perkara dan peristiwa yang berlaku pasti akan terakam dan menjadi nostalgia yang sukar dilupakan dalam meniti kehidupan. Tidak ramai yang mahu mengingati sejarah lampau jika sejarah itu menjadi titik hitam dalam sesebuah kehidupan.


Namun ramai juga yang menjadikan sejarah lampau sebagai kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Inilah yang berlaku kepada sebahagian Pengarah Jati Setia (PJS) HPA yang berjaya dalam perjuangan menegakkan ekonomi ummah dan memartabahkan produk makanan ‘halalan toyyiba’. Perjalanan yang jauh beribu batu pastinya bermula dengan langkah yang pertama. Itulah hakikat perjalanan yang dipegang oleh PJS Sharifah Sulaiman, terkenal dengan panggilan Kak Pah.

kakpah1
Kak Pah bersama Pengarah Urusan 2, Pn Hjh Norhayati
ketika di Mesir sekitar tahun 2000


Nama Kak Pah sudah tidak asing lagi kepada pengedar dan pemimpin-pemimpin HPA terutama di zon utara. Termasyhur kerana sifat keibuan dan kehebatan yang Allah SWT anugerahkan kepadanya dalam bidang perawatan. Pakar dalam mendiagnosis penyakit melalui rawatan tapak tangan ini menjadi tempat rujukan kepada hampir semua pengedar dan pemimpin di utara, khususnya dalam perawatan holistik. Juga menjadi tempat mengadu dalam semua hal berkaitan dengan perniagaan HPA.


Memulakan penglibatan sebagai ahli berdaftar HPA sekitar 1997. Ketika itu HPA baru sahaja melancarkan perniagaan secara MLM. Bagi suri rumah sepenuh masa, tidak ada apa yang hendak dibanggakan sangat. Isteri kepada suami yang bertugas sebagai guru ini pada peringkat awalnya bersama HPA hanyalah sekadar mencuba nasib untuk mengenali dan memahami perjuangan syarikat MLM milik bumiputera Islam. Mana tidaknya, pada zaman itu syarikat perniagaan MLM tumbuh bagaikan cendawan. Masih terbayang di kotak fikirannya akan kehebatan Smartlife, Zhulian, Nona Roguy, GanoExel, Luxor, DXN, Direct Circle, Revell, Romel, Shaklee, CNI dan macam-macam lagi. Persaingannya cukup hebat. Ramai pengedar dan anggota yang bersama dengan syarikat-syarikat tersebut adalah sahabat-sahabat sebangsa dan seagama dengan kita. Ramai yang berjaya dan menjadi kaya, tapi sayangnya kebanyakan mereka bukannya dari rakan yang sebangsa dan seagama dengan kita. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari.

kakpah6
Bersama sahabat setia, PJS Norma Zainol

Inilah antara faktor awal yang mendorong Kak Pah bersama HPA. Satu-satunya syarikat bumiputera Islam, mengeluarkan produk halal dan mengenengahkan sistem perniagaan MLM secara Islamik. Biar pun ramai rakan dan sahabat pada ketika itu memandang rendah dan lekeh kepada HPA dan mengganggap HPA pastinya tidak akan bertahan lama kerana ia milik Melayu, namun di sudut hati kecil Kak Pah berbisik “Inilah syarikat dan bentuk perniagaan yang ku cari selama ini”. Wadah perjuangan ini sudah bermula kerana serasi dan terpaut pada jiwa. Cara tutur bicara dan hati mulia Pengarah Urusan dalam melagang dan mencanang perniagaan ini sedikit sebanyak menyentuh hati sanubari Kak Pah. Dalam kepayahan dan serba kekurangan inilah HPA bergerak. Biar pun ada yang memandangnya dengan sebelah mata, tetapi Kak Pah tetap melihat HPA mempunyai kekuatan tersendiri. Jika perniagaan ini atas dasar Allah dan Rasul, mengapa tidak kita jadikannya sebagai peluang untuk beribadat dengan berjuang bersamanya.

kakpah5
Menerima anugerah KONVEK 2006

Inilah hakikat sebenar di hati kecil PJS Sharifah Sulaiman setelah menerima suntikan luar biasa yang disampaikan oleh Pengarah Urusan dalam setiap ceramah dan kuliah-kuliah perawatan HPA yang diadakan pada waktu itu.

kakpah4

Hasilnya Kak Pah telah tanamkan azam yang kuat untuk cuba meletakkan HPA di persada paling tinggi dalam perniagaan MLM di negara kita. Bermula dari detik itulah Kak Pah memulakan langkah perjuangan ini bersama suami tercinta, PJS Suberi Murad. Mereka merantau ke seluruh pelusuk kampung, surau-surau, dewan-dewan masjid dan balai raya, dewan orang ramai, hotel-hotel, ruang-ruang ekspo, tapak-tapak pesta, kedai-kedai kopi dan berbagai-bagai lagi lokasi untuk mengadakan “home party”, demo dan ceramah-ceramah umum berkaitan HPA.


Pada masa itu saingan dengan MLM lain menjadikan persediaan dan persiapan rapi diperlukan kepada setiap pemimpin. Kak Pah pernah diuji dengan beberapa soalan oleh pemimpin-pemimpin daripada syarikat MLM lain yang menyusup masuk ke dalam majlis anjuran HPA. Tujuan soalan diajukan semata-mata untuk mengganggu majlis dengan niat untuk menguji akan sejauh manakah kehebatan pemimpin-pemimpin HPA. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT semua itu dapat diatasi dengan mudah dan keyakinan kepada HPA makin bertambah.

kakpah2

Berniaga tanpa ilmu barangkali akan mati tanpa pengakhiran. Dengan ilmu pastinya perniagaan ini akan hidup selama-selamanya walaupun kita telah tiada. Atas dasar iman dan taqwa kepada Allah SWT, Kak Pah mengorak langkah mendalami ilmu perawatan bersama Pengarah Urusan melalui kuliah-kuliah INTIBAH. Hasilnya setelah hampir 3 tahun belajar dan mendalami ilmu tersebut, Kak Pah berupaya mengaplikasikannya dengan menjadikan rumahnya di Taman Arked Sungai Petani sebagai Pusat Perawatan HPA. Dalam masa yang sama beliau memohon untuk menjadi Pengurus Stokis Daerah. Ramai pengedar baru dan lama serta pemimpin-pemimpin hadir ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan, paling ramai pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad).


Sejak dibuka dari jam 10.00 pagi, orang ramai datang berpusu-pusu hingga ke malam. Melalui perawatan sebegini, Kak Pah mendapati rupa-rupanya ramai insan yang sakit dan memerlukan bantuan. Kepada pesakit, Kak Pah selalu sebut, “Setiap penyakit ada penawarnya, kita berusaha dan Allah SWT yang akan menyembuhkannya”. Kata-kata itu sudah cukup ‘melegakan’ pesakit. Bisikan iman dan Islam ke dalam hati sanubari pesakit mampu menjadi suatu penawar yang luar biasa biasa. Inilah kehebatan perawatan (ilahiah dan alamiah) dalam HPA yang diamalkan dan dipraktikkan oleh PJS Sharifah Sulaiman.kakpah8Ditanya akan pengalaman manisnya, Kak Pah hampir menitiskan air mata apabila buat kali pertama dengan hasil titik peluh bersama HPA beliau dapat menjejakkan kaki ke Baitullah dan melihat sendiri Ka’bah. Boleh dikatakan setiap tahun Kak Pah sekeluarga akan berkunjung ke Makkah al-Mukarramah untuk mengunjungi Baitullah. Padanya tidak ada lagi tempat yang paling indah, menarik dan menyeronokkan melainkan di Tanah Suci Makkah.

Saat paling pahit bagi Kak Pah ialah sekitar tahun 2002, apabila sebahagian pemimpin HPA keluar meninggalkan perjuangan ini. Mereka tinggalkan HPA dengan kata nista dan sumpah seranah. Maki hamun dan menabur fitnah durjana di merata-rata empat kerana ia sudah menjadi perkara biasa bagi mereka. Sebelum itu, mereka adalah pemimpin yang menjadi idola kepada pengedar-pengedar di bawah dalam memperjuang HPA. Bonus mereka agak tinggi juga. Tapi jiwa dan hati mereka amat kerdil dan halus. Orang-orang yang rakus dan tamak ini keluar beramai-ramai meninggalkan HPA. Dari luar HPA, mereka melemparkan berbagai kata kesat dengan tujuan untuk memusnahkan HPA, Pengarah Urusan dan juga pemimpin-pemimpin yang tinggal pada waktu itu. Kak Pah tetap mempertahankan HPA bersama pemimpin-pemimpin yang masih bersama pada waktu itu.

Pemimpin-pemimpin ini adalah orang-orang yang setia dan kental dalam menghadapi serta melawan rangkaian fitnah dan sumpah seranah ini. Merekalah benteng pertahanan yang kuat di utara menangkis segala serangan yang datang bertubi-tubi. PJS Sharifah Sulaiman, PJS Azizan Ahmad, PJS Zaharah Md Zain, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Mohd Zahir Ghazali, PJS Md Khatid Hussain dan PJS Razak Hussain antara nama-nama hebat di utara yang bertungkus lumus dalam perjuangan ini khususnya di utara bagi memastikan HPA kembali di tempatnya yang asal.

kakpah3

Kak Pah menghadapi semua ujian dan dugaan itu bersama teman-teman PJS ini dengan penuh kepayahan dan keperitan. Hanya kesetiaan dan istiqamah sahaja yang menjadi tunjang kepada kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Pedih dan sakit umpama sembilu menikam hati apabila menerima fitnah dari segelintir insan yang hanya nampak pada habuan dunia semata-mata. Mereka tidak memahami erti perjuangan. Bagi mereka wang adalah segala-galanya.

Kini segala-galanya telah berlalu. PJS Sharifah Sulaiman tetap bersyukur kerana masih bersama teman-teman seperjuangan yang masih setia sejak dari dahulu. Kak Pah telah dapat menghidu dan menghirup keharumannya setelah hampir 11 tahun bersama HPA. Rezeki yang barokah melalui perniagaan ini telah dimanfaatkannya untuk memiliki kenderaan dan rumah yang selesa. Dengan pendapatan 5 angka seulan dan menduduki ranking ke-2 negara , terbukti baginya bahawa perniagaan HPA bukanlah gimik semata-mata, tetapi jelas untuk mereka yang cinta dan bercita-cita membangunkan sunnah Rasulullah SAW. Bidang perawatan menjadi satu laluan mudah untuk memasarkan produk halal ini, di samping membantu orang ramai daripada menggunakan produk syubahah.

Sebagai pemimpin hebat yang namanya menjadi idola kepada pengedar dan pemimpin, khususnya di utara, PJS Sharifah Sulaiman juga telah menerima banyak anugerah daripada HPA. Antaranya :
1. Awal 1998 beliau mendapat anugerah Tokoh Pemimpin Bulanan, Pengurus Stokis Daerah Terbaik dan pakej percutian ke Mesir secara percuma.
2. Pada tahun 2000, beliau mendapat anugerah Tokoh Pemimpin Terbaik.
3. 'Top 10' HPA untuk tahun 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.
4. Anugerah Distributor of The Year (DOTY) 2004 dan 2005.
5. Mendapat hadiah 6 tiket penerbangan pelancongan ke Oceania, anugerah kereta Sayvy dan pakej Umrah pada tahun 2007.
Takdir Allah SWT sudah pastinya mengatasi tadbir manusia. Keredhaan Allah SWT hanya akan bersama dengan hamba-hamba yang sentiasa berjuang di jalanNya.

Ends…….

PJS HASNAH MUSTAFA

hasnah2
Benar kata pepatah, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu , kita senang kemudian.

Itulah hakikatnya untuk berada di puncak jaya….bukanlah mudah. Setiap kehidupan seorang hamba Allah sentiasa akan diuji dan diberi peluang. Dan tatkala Allah lintaskan peluang itu kita ambillah sebaik mungkin.
Menjadi ahli HPA adalah secara kebetulan…..memandangkan saya dan suami sememangnya mengamalkan herba dalam kehidupan, kerana masalah kesihatan suami, spirulina menjadi rakan setia. Suatu hari kami ke Pekan Tikam Batu untuk mencari pil susu kambing. Malangnya kedai ubat yang kami kunjungi kehabisan stok. Penjual tersebut menunjukkan sebuah kedai di hadapan kedainya yang menjual produk-produk herba. Di sinilah buat pertama kalinya kami mengenali HPA secara sekilas pandang sahaja. Namun pil susu kambing yang kami cari juga tidak ada. Akhirnya kami balik membawa “mai secawan” kopi radix. Kami dapat merasakan kehebatan kopi radix setelah mencubanya pada tahun 2004. Maka berulanglah kami ke stokis Tikam Batu 2 hari sekali.

hasnah5
Kereta roda tiga yang kini menjadi kenangan abadi

Di sini kami melihat produk-produk herba yang lain. Saya terus mencuba Paramaria. Bila diingat-ingar, rupa-rupanya saya telah menggunakan set bersalin dan kordial asiatica sekian lama dahulu…. Tetapi tidak menyedari bahawa itu adalah produk HPA. Oleh sebab acapkali ke stokis Tikam Batu, akhirnya kami mengenali pemilik stokis berkenaan…… sepasang suami isteri yang cukup gigih dalam perjuangan ini. PJS MOHD NADZRI AHMAD & PJS NOORMAH ZAINOL. Setelah diberi penerangan akhirnya saya memohon menjadi ahli pada bulan april 2004. Waktu itu produk saya beli hanya untuk kegunaan dan amalan harian sahaja.

hasnah4
Kegigihan PJS Hasnah patut dicontohi

Selama setahun kami menjadi pengguna dan pengamal kopi radix dan kehebatannya dapat kami rasakan dari sehari ke sehari terutamanya dari sudut tenaga. Kehidupan yang mencabar dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil menyebabkan saya dan suami perlu mencari pendapatan yang lebih. Saya merupakan seorang guru PASTI ketika itu. Selepas pulang dari mengajar, saya akan membantu suami menjual kacang soya. Pada awal penglibatan saya agak malu dan kekok untuk berniaga di tepi jalan.
Tetapi memikirkan inilah kehidupan kami, saya buang perasaan tersebut dan saya tanamkan perasaan bangga dapat membantu suami. Pendek kata waktu bekerja kami dari seawal selepas subuh sehinggalah malam hari. Ketika insan lain seronok bersama keluarga di hari cuti, kami mengorbankan semua itu. Dunia kami hanya dengan perniagaan soya. Ramai mengatakan perniagaan ini menguntungkan. Alhamdulillah Allah sentiasa memberi rezeki……tetapi bergantung dengan perniagaan ini cukup mencabar sekiranya musim hujan. Sehinggakan suami sudah pandai menjadi peramal kaji cuaca.
Bayangkan setelah penat menyiapkan segala kelengkapan di awal pagi, hujan turun di waktu petang. Pernah juga kami mengalami saat-saat duka apabila tidak satu bungkus pun kacang soya kami laku dijual dalam sehari.
Mungkin beginilah juga nasib yang sama dialami oleh penoreh getah dan nelayan bila musim hujan melanda. Pernah satu ketika payung berniaga saya dibawa angin ribut dan semua barang berniaga terbalik dan terbang. Saya sentiasa berbincang bersama suami untuk mencari sumber perniagaan lain dan membuat persediaan untuk masa depan anak kami yang semakin membesar
Saya juga pernah memohon untuk membuat pinjaman peribadi dari sebuah bank. Teringat saya pertanyaan pegawai bank berkenaan sama ada saya ada cagaran atau tidak. Akhirnya kami ambil keputusan untuk mengumpul wang sendiri dan memperluaskan perniagaan kami. HPA tetap kami teruskan dengan, tetapi tidak bersungguh-sungguh. Pada tahun 2006, seseorang telah memesan kopi radix…..suami ke stokis untuk membeli kopi radix dan...saya menunggu di tempat berniaga. Risau, suami belum sampai lagi, selalunya sekejap sahaja…… rupa-rupanya hari tersebut Allah makbulkan doakan kami.......INSAN YANG CUKUP ISTIMEWA BUAT KAMI PJS NADZRI AHMAD dan PJS NOORMAH ZAINOl hendak mewarisi perniagaan jutaan ringgit ini buat kami.(HERBA PENAWAR AL-WAHIDA).

hasnah6
Menerima anugerah dalam KONVEK 2006

Rupa-rupanya cikgu Nadzri telah berjumpa dengan suami dan mengajak kami ke perjumpaan mingguan. Suami menyuruh saya mengikut mereka pada malam tersebut. Kami tutup perniagaan soya walaupun ketika itu belum habis. Malam itu buat pertama kalinya saya rasa satu kelainan… bila saya berdepan dengan pemimpin2 HPA. Walaupun mereka telah berada di atas, namun sikap mereka seperti kita yang dibawah. Kuliah pertama saya dengan PJS Syarifah Sulaiman (KAK PAH). Menaikan satu semangat baru. Akhirnya saya sambut SALAM PERJUANGAN yang dihulurkan. Bulan Februari 2006 saya ke Program Perkongsian Bijak di Perlis.
Sekali lagi hati saya merasakan kehebatan HPA ini…. Di sini saya mengenali pemimpin satu MALAYSIA. Ilmu yang diberikan oleh En. Faisol (GM) dalam program berkenaan cukup hebat. Pulang dari PB saya mencari semua bahan2 HPA yang tersimpan dari tahun 2004. Suami agak terkejut dengan perubahan diri. Setelah menerangkan segalanya beliau mengizinkan saya meneruskan perniagaan ini dengan syarat mesti bersungguh-sungguh2. Bertambah satu lagi pekerjaan saya menjadi seorang usahawan HPA. Saya mengkaji bagaimana perlu menjadi Pengarah Jati. Saya lakukan segala panduan yang diberikan dalam PB. Ketika itu malam juga saya rasakan seperti siang.
Saya hanya dapat melakukan segalanya selepas pulang dari berniaga soya. Mencari 6 orang ke PBC bukannya mudah. Ketika itu rasa teruji. Masyarakat menilai MLM dengan kebendaan. Apa yang saya ada …hanyalah sebuah motosikal. Nak cakap pasal RM 5 angka. Jauh sama sekali. Jadi saya bawa 6 orang dengan konsep ilmu. Untuk terus membawa peserta ke PB juga melalui pelbagai ujian penolakan. Kita merancang, buat dan berdoa, Allah menentukan segalanya. Saya gempur Pekan Tikam Batu. Saya buat homeparty bersama cikgu Nadzri dan kak Noormah. Saya anjur program ILMU HPA di Dewan Hj, Mat Isa Tikam Batu selama 2 hari.

hasnah3

Terima kasih kepada PJS Sabri Ahmad (sifu), PJS Azizan dan PJS Zaharah (kak Arah) yang menjayakan program tersebut. Suami menjadi teman yang cukup setia ke kelas mingguan. Kadangkala basah di tengah hujan ketika pulang dari kelas. Tapi kami rasa satu kepuasan.(sukar kami gambarkan perasaan tersebut). Walaupun dalam kesibukan berniaga soya kami tidak pernah meninggalkan kelas mingguan dan kuliah ilmu yang lain. Kadangkala malu juga bila sampai kelas pun dah di penghujung dan ada ketikanya hanya dapat duduk atas tangga terutama kelas kak Pah sebab dah penuh. (semasa di tempat lama).
Di sini saya mengenali kepimpinan KPU yang cukup hebat PJS Ustaz Zahir Ghazali. Kelas mingguan menjadi pembakar semangat. Ilmu yang dapat disini saya curahkan semula ketika berhadapan dengan manusia yang yang hatinya ibarat batu. Herdik, cemuhan menjadi perkara biasa, tidak kurang yang ingin melihat sampai bila kita bertahan. Itulah resam dunia. Berkat bimbingan dan sokongan suami, cikgu nadzri dan kak noormah akhirnya saya sambut cabaran GM ketika di Hotel Seri Malaysia supaya dapat bersama di pentas KONVEK 2006 dengan pangkat Pengarah Jati(PJ).
Alhamdulilah saya telah mendapat Anugerah Peserta Perkongsian Bijak Terbaik pada KONVEK 2006 dan Anugerah Pengarah JATI. Bersyukur pada Allah…dengan kejayaan ini. (terima kasih kepada sebahagian daripada keluarga dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan.)
Langkah 2007 diteruskan…..ucapan terima kasih kepada KPU yang telah memilih saya sebagai pelapis kepimpinan dalam GEN 2. Target saya 2006 untuk capai Pangkat PJ dan bina rangkaian. Target 2007 mendalami ilmu-ilmu yang ada dalam HPA. Setelah dipilih dalam GEN 2 saya merasakan terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari untuk memegang amanah ini. Saya mengutip setiap kata-kata motivasi, mempelajari gerak kerja kepimpinan awal yang penuh dengan onak dan duri….
Tidak pernah menyangka manisnya perjuangan ini….Bersama suami tukarkan setiap halangan itu menjadi cabaran. Mei 2007 saya meletakan jawatan sebagai guru PASTI. Pelbagai soalan dan anggapan orang mengatakan saya meninggalkan perjuangan jemaah demi HPA. Suami memberi kata-kata semangat hanya Allah dan kita tahu apa yang kita rancang. Segalanya terbukti kini…. Saya masih mampu membantu di PASTI dan masih menjalinkan hubungan walaupun bukan guru tetap.
Saya mendalami kursus-kursus yang dianjurkan oleh HPA. Mempelajari ilmu perawatan daripada Kak Pah dan kak Noorma….bukan kata master, rasanya Ph D. Tapi tak mampu saya merawat orang. Di sini saya melihat perlunya kekuatan dan hubungan yang kuat dengan ALLAH maha Pencipta. Alhamdulillah di penghujung 2007 barulah saya mampu berdepan sebagai seorang perawat. Saya bersyukur. Sesungguhnya ilmu yang diberikan oleh kedua-dua idola saya terbukti selepas seorang makcik yang saya diagnos menangis dipangkuan saya.
Peluang menceritakan pengalaman dalam slot-slot bintang2 PBC dan pembantu pengendali kelas mingguan melatih saya menjadi seorang motivator hari ini. Walaupun rasa tidak mampu tapi saya gagahi juga …. Bukan semua orang dapat peluang macam saya. Saya perlu ambil peluang ini dan belajar. Saya banyak merujuk Ustaz Zahir dan mempelajari setiap teknik motivator HPA yang lain dalam memperbaiki skill penyampaian saya.
Tahun 2007 dengan ilmu stokis yang saya pelajari hampir setahun dari Kak Noormah membuatkan saya berani melebarkan sayap perniagaan ini dengan membuka stokis HPA di Taman Ria Jaya.(terima kasih kepada keluarga dan semua rangkaian saya terutama group KU AZHAR yang memberi sokongan). Perniagaan soya masih diteruskan. Keadaan menjadi lebih sibuk.

hasnah1
Bersama teman setia, PJS Normah Zainol di MAHA 2008

Alhamdulilah dengan herba-herba HPA kami meneruskan perjalanan ini. Kesihatan suami semakin baik. Sekarang boleh makan semua benda-benda berangin. Kami mensyukuri nikmat kesihatan yang diberikan.
Tahun 2008…hampir sebulan kami cuti berniaga soya sejak akhir bulan syawal lepas. Awal Januari sehingga Mac hujan turun hampir setiap hari. Kami bersyukur…..kini saya tidak perlu susah hati melihat awan mendung dan suami tidak perlu menjadi peramal kaji cuaca sebaliknya mengatur strategi demi sebuah perjuangan HPA. Tahun ini juga saya menjadi tenaga pengerak PBC di Kulim bersama Ustazah Siham & Ustaz Zamri dan ke PBC Taiping bersama PJS Mohd Nadzri, PJS Ismail Othman dan PJS Noormah. (terima kasih atas kepercayaan yang diberikan).
Pada 2 dan 3 Ogos saya telah diamanahkan oleh PJS Ustaz Mohd Zahir menjadi Pengarah Program PBC di Sungai Petani bersama PJ Noor Hashimah Hashim.(Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan PBC tersebut). Dan sekali lagi pada 12 Ogos saya berasa cukup bangga dapat menghadiri Sambutan Maha bersama PJS Noormah , PJS Ustazah Siham, PJ Ustaz Zamri dan PJ Adlina melihat Tn. Haji Ismail menerima anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia.

Ramadhan hampir tiba, terkenang tahun-tahun lalu masa ini menjadi lebih sibuk untuk menyiapkan kelengkapan berniaga menjelang ramadhan sehingga kesibukan itu sungguh terasa sehingga malam raya. Paling menyedihkan suami terpaksa mengayuh roda tiga yang berat itu diwaktu berpuasa…..insyaallah kini segalanya telah berakhir….. kami telah menyimpan perniagaan soya ini dan tidak akan kami wariskan kepada sesiapa….bukan kami lokek ilmu ini tapi kami tidak mahu orang lain merasa kesusahan yang kami rasakan. Tapi kami akan berbangga dan menyeru kepada umat Islam yang lain untuk sama-sama istiqamah dan berjuang dengan HPA.

Kini kami hanya tumpukan sepenuhnya perhatian kepada perniagaan HPA dan menyara kehidupan dengan rezeki HPA yang penuh barakah. Dan kami juga tidak lagi merasa bimbang andaikata ALLAH menjemput kami pulang HPA akan menjadi harta yang akan kami tinggalkan buat anakanda tercinta MUHAMMAD AZIZ RIFQI . Dan kami juga berdoa moga Allah tetapkan hati kami dalam perjuangan ini, temukan kami dengan insan2 yang ikhlas, murahkan rezeki dan tabahkan hati disetiap langkah kami bersama HPA.
Madu, Teh Herba dan Rebusan Alac,
Buat penawar penyakit buah pinggang,
Yang bulat tak akan datang bergolek ,
Yang pipih tak akan datang melayang.
"KEJAYAAN ITU BUKAN MILIK ORANG TERTENTU, TETAPI RESEPI KEJAYAAN ITU ADA PADA MEREKA YANG TELAH BERJAYA

Nukilan Rasa
PJS Hasnah

Ends...

PJS Azizan Ahmad

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN KPU

zan1
Bila Penajaan Semula di Tamatkan dan Fotostat Kad Pengenalan diperkenalkan sebagai syarat untuk Permohonan Sebagai Pengedar Baru

Assalamualaikum,

Berbagai-bagai reaksi dapat di lihat berlaku di kalangan pengedar HPA di seluruh Malaysia apabila HPA mengeluarkan arahan memberhentikan penajaan semula dan peraturan baru mewajibkan salinan kad pengenalan bagi permohonan ahli baru. Sudah tentu ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Ada yang rasa ianya cukup membebankan dan berpendapat ianya akan menimbulkan kesan negatif kepada syarikat. Walau apa pun reaksi dikalangan pengedar saya sebagai presiden kpu berpendapat seluruh warga HPA terutama dikalangan PJS dan pemimpin2 harus menerima arahan HPA secara positif dan meneruskan kerja-kerja mengembangkan jaringan dengan lebih baik dan tersusun.

Bila HPA dijadikan sebagai wadah untuk satu Jihad bagi mengembalikan manusia kepada Allah (Mengembalikan manusia kepada makanan halal yg sebenar, mengembalikan manusia kepada ekonomi barokah dan mengembalikan manusia kepada pengobatan sunnah) ianya haruslah dipikul oleh satu kumpulan pemimpin yang benar-benar faham akan jalan dakwah ini. Dua kekuatan yang selalu kita laungkan iaitu kekuatan akidah dan kekuatan ukhwah sebagai syarat kepada kemenangan dalam usaha jihad ini telah dijadikan sebagai bahan ujian oleh Allah kepada kita semua.

Telah sekian lama kita melihat dan mendengar keluhan dan ratapan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan amalan sesetengah pengedar yang menjadikan penajaan semula sebagai profession mereka. Kemuncaknya HPA mendapati bahawa sudah sampai masanya penajaan semula diberhentikan kerana ianya berlawanan dengan hasrat untuk melihat pemimpin HPA berada dalam satu ukhwah yg kuat. Semua lapisan harus akur kerana itulah sebenarnya yang diajar oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dalam Sirah yang selalu baca dan hayati.

Perjanjian Hudaibiah walau pun dilihat oleh para sahabat sebagai merugikan pihak Islam, tetapi hakikatnya apa yang tersirat disebalik perjanjian itu adalah disebaliknya. Iktibar yang boleh diambil dalam peristiwa ini adalah dari sudut bagaimana sikap yang diambil oleh pemimpin dan juga oleh yang di pimpin. Kita kena faham tentang Hak pemimpin dan hak pengikut. Hak pemimpin adalah membuat keputusan dan hak pengikut adalah mengemukakan pandangan. Bila keputusan telah dibuat sama ada ianya selari dengan pendapat kita atau tidak, sebagai yang dipimpin kita kena akur dan menghormati keputusan pemimpin.


Sejarah menunjukan kekalahan dan kejatuhan Islam berpunca daripada sifat ingkar kepada arahan pemimpin seperti yg berlaku dalam peperangan Uhud dan juga peristiwa apabila Saidina Ali ditanya mengapa kekacauan dan kekecohan berlaku dizaman pemerintahannya tetapi tidak di zaman Abu bakar R.A dan Omar R.A. Lalu Saidina Ali menjawab ' Kerana semasa pemerintahan Abu Bakar dan Omar pengikutnya adalah Aku dan semasa perintahan ku pengikutnya adalah kamu'. Dalam berorganisasi Hak dan Tanggungjawab Pemimpin serta pengikut harus di tulis dengan jelas dan di fahami oleh segenap lapisan supaya matlamat organisasi tercapai dengan rahmat dan pertolongan dari Allah SWT.

Kita hendaklah yakin bahawa perjuangan atas nama Islam harus melalui jalan yang sama seperti yang dilalui oleh para Nabi, para Shuhada' dan para solihin. Dalam perjalanan ini kita harus dapat melahirkan pemimpin dan pengikut yang berkasih sayang membawa panji-panji dakwah untuk menjadikan Islam itu tinggi dan memimpin Ekonomi Dunia. Kita baru ada sekelompok kecil pemimpin yg di gelar PJS dan sudah tentu jika kita ingin menguasai ekonomi dunia kita harus ada 60000-70000 PJS seperti angka para sahabat dan syuhada' yg bersemadi dengan tenang di perkuburan bakiq diMadinah Almunawwarah berhampiran makam Nabi yang kita kasihi.


Para sahabat yang menjadi pengikut setia nabi mengorbankan segala-galanya sehingga Islam menguasai 3/4 dunia. Kalau nak ikut Nabi sememangnya kita tak ada peluang lagi kerana nabi sudah lebih dari 1400 tahun meninggalkan kita, cuma kita boleh ikut mereka yang meletakan perjuangan seperti yang dibawa oleh nabi dengan dibuktikan dengan semangat dan kesungguhan yang tinggi.

Saya melihat penerimaan yang baik oleh semua pihak pada dasarnya walaupun ada sedikit keluhan tidak puas hati. Saya menganggap semua kita lulus dalam ujian ini dan insyaAllah tahun 2009 kita semua akan menjadi lebih cemerlang dan betullah seperti kata Tuan Hj Ismail bahawa tahun ini akan menyaksikan ramai pemimpin dari MLM lain yang akan menyertai HPA. Kita kena terima mereka dalam keluarga kita dan perlu sediakan untuk mereka tempat yang boleh mengasuh dan mendidik mereka, supaya mereka menjadi pemimpin seperti acuan yang kita kehendaki.

Wallahuaklam

PJS Azizan Ahmad

ABANG ZAN DAN KAK ARAH : PEJUANG GIGIH HPA
zan1
Mengimbau kembali sejarah silam akan bagaimana mula terjebaknya beliau dengan perjuangan HPA merupakan satu sejarah yang panjang buat PJS Azizan Ahmad. Namanya begitu gah dan sinonim dengan HPA. Sering menjadi bualan dan idola kepada sesiapa sahaja yang mengenali HPA. Sebut sahaja PJS Azizan Ahmad, maka akan terbayanglah HPA.

Di sebalik kejayaan beliau sebagai usahawan muslim HPA yang cukup terbilang dan tersenarai sebagai Top Ten 2007, PJS Azizan sebenarnya mempunyai cerita tersendiri. Anak kelahiran Titi Gajah, Kedah Darul Aman ini sering tersenyum apabila diajukan beberapa soalan tentang kejayaan beliau meraih bonus bulanan 5 angka yang membariskan beliau di ranking ketiga selepas PJS Cikgu Murad dan PJS Sharifah Sulaiman. Baginya hanya senyuman yang mampu dilontarkan kerana jika mahu diungkap sejarah lalu dalam HPA terpaksa mengambil waktu yang panjang, malah boleh dikarang menjadi sebuah buku.

zan5

Orang hanya melihat kejayaan yang tersedia ada di hadapan mata. Selalunya kejayaan seseorang usahawan itu dilihat dari pencapaiannya berdasarkan apa yang dimiliki seperti kenderaan mewah, rumah yang besar (banglo), pakaian yang mahal-mahal, rajin melancong keluar negara dan sebagainya. Tetapi jarang orang menyorot kembali apakah faktor-faktor yang mencetus kepada kejayaan itu. Bagaimanakah kejayaan itu dicipta. Adakah semudah itu untuk berjaya?

Dalam usia mencecah 50 tahun, PJS Azizan dengan nada bersahaja meletakkan kejayaan beliau bersama isterinya PJS Zaharah Md Zain sebagai ketentuan Allah SWT. Bagi mereka rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Sebagai hamba kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal. Kuatkan hubungan dengan Allah dan peliharalah hubungan sesama manusia.

Menceritakan detik-detik bersama HPA, PJS Azizan terus mengukir senyuman panjang seperti ada sesuatu yang tersembunyi di lubuk hatinya. Beliau mula melibatkan diri dalam HPA pada tahun 1997 atas pelawaan Pengarah Urusan, Haji Ismail Ahmad sekitar untuk menjadi staf HPA. Pada waktu itu HPA baru sahaja memulakan sistem perniagaan secara MLM. Beliau menerima tawaran itu dan diberi tugas sebagai motivator. HPA menghantar beliau untuk berceramah dan memberi penerangan tentang HPA di Brunei, Singapura dan Sarawak. Sebelum itu, beliau bekerja dengan sebuah syarikat swasta, Syarikat Perniagaan Peladang sebagai ‘marketing executive’ sejak 1993. Setelah hampir dua tahun bersama HPA, Pada Februari 1998, PJS Azizan mengambil keputusan untuk berhenti dan menumpukan sepenuh masa sebagai usahawan MLM HPA.

Pada peringkat awal, beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan membuka stokis di rumahnya di Taman Desa Kamela, Tandop Alor Setar. Apabila rangkaiannya semakin besar dan berkembang maju sekitar Alor Setar, beliau terpaksa mencari premis lain untuk memastikan pengedar-pengedar HPA mudah mendapatkan perkhidmatan rawatan dan barangan HPA.

zan4

PJS Azizan terus mengorak langkah dengan menyewa sebuah premis perniagaan di Kawasan Perusahaan Tandop Baru (sekarang HPA Cawangan) sebagai Pusat Agensi. Hampir 7 tahun beliau dan isteri beroperasi di premis itu., maka pada tahun 2004 kejayaan sebenar sebagai usahawan muslim mula terserlah. Berkat kesabaran dan rintangan yang dihadapi, PJS Azizan telah dinobatkan sebagai Pengarah Jati Setia (PJS) dan antara yang terbaik di Malaysia dengan pendapatan 5 angka sebulan.

Saat paling getir yang beliau hadapi dalam HPA ialah apabila sekumpulan pemimpin HPA berhijrah ke MLM lain yang baru ditubuhkan sekitar tahun 2001-2002. HPA terpaksa melalui saat-saat getir dan penuh kepayahan. Pemimpin-pemimpin yang selama ini mengaku setia dan istiqamah dengan perjuangan HPA telah keluar beramai-ramai dan memasuki syarikat MLM lain. Mereka menjadikan medan MLM yang baru diceburi untuk melemparkan fitnah dan keburukan yang direka-reka dengan tujuan menjatuh dan menguburkan HPA. Fitnah-fitnah yang cukup berat dilemparkan kepada HPA dan juga serangan peribadi kepada Pengarah Urusan dan keluarganya. Ada berita-berita disebarkan mengatakan bahawa HPA telah musnah dan gulung tikar. Ini merupakan cubaan paling jahat yang dilakukan terhadap HPA oleh mereka yang dulu kita anggap sebagai sahabat ketika sama-sama berjuang dalam HPA.

Petembungan musibah ini hampir melumpuhkan HPA sepenuhnya. Tetapi dengan ketahanan dan kekentalan jiwa yang mantap yang dimiliki oleh Haji Ismail Ahmad serta dengan rahmat Allah SWT, maka HPA telah dapat dipertahankan dan terselamat dari niat jahat itu. Ketika itu di utara, pemimpin-emimpin yang ada dan masih setia kepada HPA seperti PJS Sharifah Sulaiman, PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Ismail Othman, PJS Mohd Zahir Ghazali, PJS Cikgu Razak Baling, PJS Md Khatib, PJS Sabri Ahmad dan PJS Sabri Jaafar terus mempertahankan HPA habis-habisan. Pemimpin-pemimpin inilah yang tela mengambil langkah secara sistematik dan bersepadu untuk mengembalikan dan memulihkan semula imej HPA yang dicalarkan sendiri oleh bekas-bekas pemimpin HPA terdahulu yang pada mulanya mengaku ‘sehidup semati dengan HPA’

zan3

Atas dasar untuk mengukuhkan ukhuwah dan memantapkan jaringan, maka pada tahun itu (2004), HPA membenarkan penyusunan semula jaringan mengikut persetujuan bersama secara bertulis. Ini bertujuan untuk mewujudkan kembali penyatuan jaringan yang terpisah-pisah agar dapat bergerak secara bersama dan mantap bagi mempertahankan HPA dari serangan bekas-bekas pemimpin HPA yang tak habis-habis menyerang dan memfitnah HPA dan peribadi Pengarah Urusan. Alhamdulillah, akhirnya HPA Berjaya dipertahankan dan berkat usaha serta izin Allah SWT maka HPA dapat berdiri teguh dan terus maju sehingga ke hari ini. Kita juga bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini telah pun ada kecenderungan beberapa pemimpin dan ahli-ahli HPA yang keluar meninggalkan perjuangan ini telah kembali semula kepada HPA.

Sebenarnya untuk berjaya tiada jalan yang mudah. Kita perlu mengharungi apa jua rintangan, kepayahan dan dugaan yang datang. Namun tekad dan azam perlu tersemat kukuh di hati. Pada peringkat awal bergerak sebagai usahawan MLM sepenuh masa, PJS Azizan dan PJS Zaharah Md Zain mula ‘gila’ melakukan demo dan mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan (Perubatan Jawi). Kadang-kadang ramai pelanggan yang dating dari awal pagi sehingga jam satu atau dua pagi. Ini merupakan kebiasaan bagi mereka bersama rangkaian HPA.

zan2

Pernah PJS Azizan dan isterinya tertidur di dalam kereta di tepi-tepi jalan akibat pulang lewat ke rumah. Merehatkan diri sejenak sebelum meneruskan perjalanan. Setiap bulan mereka akan turun ke Johor, Tawau, Padang Indonesia dan Pattani di Selatan Thailand untuk bertemu dan membina rangkaian baru.

Ayah kepada 5 orang anak ini melontarkan satu rahsia sekiranya kita mahu berjaya. Beliau berpendapat apa sahaja yang mendatangi kita di sepanjang perjalanan dalam memperjuangkan HPA hendaklah dibalas atau dijawab dengan senyuman dan berfikir cara bagaimana menghadapinya. InsyaAllah semua ini pasti akan berkakhir dengan kebaikan.

Kepada mereka yang baru menganggotai HPA dan bercita-cita untuk berjaya, persiapan paling utama ialah kita perlu berusaha bersunguh-sungguh. Mempunyai perancangan yang sistematik serta tindakan yang segera, pasti akan membuahkan hasil berganda. Sikap suka menyalahkan orang lain dan menghentam keromo serta semberono sahaja tidak akan menghasilkan apa-apa melainkan penyesalan yang tiada kesudahan.

Melihat kepada suasana kehidupan mereka sekarang, mendatangkan keyakinan kepada kita bahawa memang mereka sedang menjalani kedamaian dan kebahagiaan dalam hidup rumahtangga.


Ends…..

PJS Abdul Razak Hussain

USIA BUKAN PENGHALANG KEPADA PERJUANGAN

abd razak1Berjuang memartabatkan produk halal lagi baik tidak memerlukan pengalaman yang banyak. Tidak juga memerlukan amalan yang bertahun-tahun. Yang diperlukan hanyalah ilmu, kesedaran dan azam untuk berjuang menyedarkan masyarakat akan betapa pentingnya kembali kepada mengamalkan produk halal. Usia juga bukan penghalang. Darjat, keturunan, jawatan dan kedudukan juga tidak bermakna jika kesedaran tiada. Yang penting kefahaman yang tinggi kenapa dan mengapa kita perlu sama-sama berjuang untuk memastikan produk halal ada di setiap rumah umat Islam di negara ini. Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab inilah, PJS Abdul Razak Hussain mengorak langkah untuk berjuang bersama-sama HPA.


Mula bergabung sebagai anggota berdaftar HPA pada tahun 1998. Ketika itu usianya sudah menjangkau 48 tahun dan ketika itu beliau bertugas sebagai guru di sebuah sekolah rendah di daerah Baling. Mesra dengan panggilan Cikgu Razak di kalangan teman-teman dan sahabat handai. Menceritakan saat bagaimana beliau mula mengenali HPA, Cikgu Razak terus mengukir senyuman. Memang itulah kelebihan yang ada padanya. Senyuman sentiasa berpanjangan walaupun topik perbincangan bukanlah sesuatu yang melucukan.


Adiknya, PJS Md Khatib adalah orang yang bertanggungjawab mengajak beliau bersama HPA ketika itu. Tanpa jemu-jemu adiknya menghubungi beliau agar turut bersama menggunakan barangan halal HPA. Produk ‘killer’ pada waktu itu hanyalah Minyak But-but dan Teh Herba sahaja di samping berbelas-belas produk lain. Hampir 5 tahun Cikgu Razak menjadi pengguna dan pengamal produk HPA. Tidak terfikir di hatinya untuk menjadi usahawan HPA yang mampu mengaut pendapatan bulanan puluhan ribu ringgit. Maklumlah pada ketika itu, beliau adalah guru Penolong Kanan dan seterusnya menjadi Guru Besar di SK Kuala Samak, Baling Kedah. Gajinya sebagai penjawat awam sudah cukup untuk menyara keluarga.


Namun sikapnya yang ramah, mudah mesra dan pendekatannya yang ‘klasik’ menyebabkan ramai guru dan sahabat handai serta penduduk sekitarnya mula mengenali HPA. Kebanyakan yang bersama HPA pada waktu itu sekadar pengguna barangan HPA sahaja. Tidak ramai yang mahu ke depan bertindak sebagai usahawan MLM

abd razak3

Setelah ditukarkan sebagai Penyelia di Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, PJS Razak Hussain mula terfikir dan menghitung hari-hari terakhirnya untuk bersara wajib dari perkhidmatan awam dan apakah tindakan yang patut dilakukannya selepas bersara nanti. Sekitar 2004, Cikgu Razak mula bertindak sebagai usahawan HPA dengan membina jaringan dan rangkaiannya di merata tempat. Hujung minggu beliau kerap hadir memberi ceramah, taklimat dan mengadakan ‘home party’ sekitar daerah Baling dan Kroh di Perak.


Beliau banyak dibantu oleh isteri tercinta Kak Ummi dan anak-anak yang memahami hasrat dan perjuangannya. Semua anaknya menjadi ahli HPA dan bergerak cergas bersamanya memperjuangakan perniagaan ini. Kegigihan dan kesabaran yang ada pada Cikgu Razak menyebabkan beliau dianugerahkan pangkat Pengarah Jati Setia (PJS) oleh HPA pada tahun 2005. Anugerah PJS ini adalah untuk mereka yang setia dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan HPA tanpa mengenal erti penat dan jemu. Pengorbanan Cikgu Razak dalam mempertahankan dan memperjuangkan HPA cukup tinggi.


Menceritakan saat-saat paling getir dan pahit dalam perjuangan HPA ialah peristiwa yang berlaku sekitar tahun 2002, apabila bekas pemimpin HPA yang dulu pernah memberi motivasi dan membimbingnya untuk berjuang dalam HPA telah bertindak keluar HPA dan menghentam serta menghasutnya untuk meninggalkan HPA. Kononnya produk-produk HPA penuh dengan penipuan dan kilang- kilang HPA pun sudah ditutup. Bekas pemimpin HPA ini juga telah menghasut dan memaksa ahli-ahli HPA sekitar Baling untuk sama-sama menyertai syarikat barunya. Program-program yang mereka anjurkan digunakan untuk mencaci, mencela dan memfitnah HPA, bukannya mereka menceritakan perjuangan syarikat dan produk yang mereka niagakan. Cikgu Razak tidak pandai untuk berlawan hujah, beliau tidak suka bertengkar . Akhirnya ramai juga di kalangan sahabat-sahabatnya yang dulu menganggotai HPA telah lari ke syarikat baru kerana terpengaruh dengan hasutan itu.

abd razak2

Cikgu Razak tidak peduli semua itu. Baginya yang benar dan hak tetap akan menang. Yang dusta dan batil tetap akan hancur. Beliau tidak mahu melayan sangat kerenah bekas pemimpin HPA itu. Kerjanya adalah memperkenalkan HPA kepada masyarakat agar menggunakan barangan ‘halalal toyyiba’. Cikgu Razak tetap 'steady' walau pun ramai rangkaiannya yang ‘melarikan’ diri.


Setelah bersara wajib pada tahun 2007, PJS Cikgu Razak tidak seperti penjawat awam lain yang barangkali terpaksa memikirkan bagaimana mahu mencari pekerjaan sambilan bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat selepasa bersara. Ada rakan-rakannya yang terpaksa membuka kedai kopi, menjual surat khabar, bekerja dengan syarikat-syarikat tertentu semata-mata untuk menampung keperluan keluarga. Maklumlan apabila bersara, pencen hanya tinggal separuh sahaja. Kalau semasa masih bekerja gaji bulanan RM4,000 sebulan. Selepas bersara pencen yang diterima hanya RM2,000 sahaja sebulan. Separuh gaji telah hilang sedangkan bayaran bulanan rumah dan kereta belum lagi habis.


Dengan pendapatan bulanan 5 angka bersama HPA, Cikgu Razak menarik nafas lega. Beliau tidak perlu bersusah payah memikirkan sumber-sumber lain untuk menampung perbelanjaan keluarga. Segala usaha dan penat jerih yang dilaburkan sejak 5 tahun sebagai usahawan HPA berbaloi. Beliau tidak pernah menjangkakan HPA mampu memberikan bonus sebanyak itu kepadanya. Cikgu Razak kesal dan kecewa dengan sikap rakan-rakannya dahulu yang lari meninggalkan perjuangan ini kerana percaya dengan hasutan dan fitnah membuta tuli. Ramai yang menyesal dan ada juga yang telah kembali ke pangkal jalan dalam keadaan penuh kekesalan.


Apa pun PJS Cikgu Razak tetap bersyukur dengan anugerah Ilahi dalam usianya kini menjangkau 58 tahun. Baginya rezeki dari sumber yang halal, barangan yang halal, sistem perniagaan yang halal, pastinya akan membawa keberkatan yang berpanjangan. Beliau terus tersenyum, tetapi senyuman penuh kebahagiaan dan kepuasaan tanpa perjuangan selama ini mendapat redha Ilahi.

Ends…..

Pengarah Jati Setia (PJS)

PJS BENTENG KEKUATAN HPA

Pengarah Jati Setia (PJS) merupakan benteng pertahanan yang kuat dalam memacu dan memartabatkan HPA untuk terus berkembang bukan sahaja dalam negara malah hingga ke peringkat antarabangsa. PJS adalah skuad elit yang diwujudkan dalam HPA. Mereka bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju pasaran dan memperjuangkan produk-produk halal HPA. PJS adalah pemimpin yang menjadi contoh kepada seluruh pengedar dan aset yang menjadi kebanggaan HPA.
Sebahagian daripada PJS yang hadir
Sebahagian daripada PJS yang hadir

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad dalam satu perjumpaan khas dengan 80 PJS dari seluruh negara yang diadakan di HPA Cawangan Sungai Petani, hari ini. Sebagai pemasar terbaik, PJS perlu memainankan peranan dengan lebih aktif dan sistematik. PJS perlu bergerak dalam sebuah organisasi melalui kelab masing-masing dengan penuh kejujuran, setiakawan dalam semangat ukhuwah dan berjamaah.
PJS Ustaz Zahir sedang mengendalikan bengkel
PJS Ustaz Zahir sedang mengendalikan bengkel

Pengarah Urusan juga mengingatkan semua PJS bahawa semakin besar perniagaan HPA, maka ancamannya juga semakin besar. Ini kerana HPA bukanlah sebuah syarikat yang meletakkan kepentingan individu sebagai keutamaan, malah HPA lahir sebagai wadah memperjuangkan ekonomi ummah. Dalam usianya mencapai 11 tahun dalam MLM, cabaran dan ujian silih berganti. Namun HPA tetap teguh dan utuh malah terus bergerak ke hadapan dengan sokongan pengedar dan kesetiaan para PJS. Beliau amat yakin bahawa suatu hari nanti HPA mampu menjadi wadah perjuangan umat Islam seluruh dunia dalam perjuangan memartabatkan produk halal.
Sebahagian daripada PJS Muslimat
Sebahagian daripada PJS Muslimat

Beliau menasihatkan agar semua kelab yang didokong oleh PJS mengikut zon perlu diperkemas. Ini termasuklah pengurusan dan pentadbiran organisasi, pengurusan kewangan dan akaun dan pengurusan latihan dan kepimpinan. PJS perlu mewujudkan suasana yang harmoni dan ukhuwah demi perpaduan dan keutuhan.
PJS Ust Zahir, PJS Ust Ramizu dan PJS Cikgu Nadzri sedang menjamu selera
PJS Ust Zahir, PJS Ust Ramizu dan PJS Cikgu Nadzri sedang menjamu selera

PJS juga diingatkan agar memberi keutamaan kepada produk-produk keluaran HPA daripada kepentingan produk-produk lain. Ini kerana HPA lahir atas dasar perjuangan. Semua PJS diberi amaran agar menghubungi HPA sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang datang untuk melatakkan barangan mereka di stokis dan cawangan HPA. Produk-produk yang dijual secara ‘tumpang’ dengan kejayaan HPA adalah atas dasar persaingan dan kepentingan peribadi, bukannya untuk kepentingan ummah.
PJS Muslimat juga menikmati jamuan yang disediakan
PJS Muslimat juga menikmati jamuan yang disediakan

Oleh yang demikian, semua PJS yang telah ‘menerima’ produk tersebut dikehendaki memulangkannya dengan kadar segera kepada ‘pembekal’ tersebut.
Dalam perjumpaan tersebut, Pengarah Urusan memaklumkan bahwa harga produk HPA akan dikekalkan pada harga sekarang tanpa sebarang kenaikan walau pun berlaku kenaikan harga minyak dan harga bahan mentah sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ends……

4.27.2009

Pelan Pemasaran HPA

MARI MENJANA PENDAPATAN BERSAMA HPA !!!

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

(1)Anda perlu menjadi ahli HPA dengan bayaran yuran Keahlian
seumur hidup sebanyak RM30 sahaja.

(2)Anda perlu membeli produk HPA setiap bulan(50 Nilai Mata
(+/-RM100)adalah syarat minima untuk layak mendapat bonus..
tiada paksaan!) di mana-mana stokis atau cawangan HPA
seluruh Malaysia. Anda juga boleh menjual jika mahu.

(3)(PILIHAN)Menaja ahli baru untuk mendapat downline,dengan
terlaksananya kesemua langkah di atas, anda akan menerima
bonus setiap bulan daripada pihak HPA.Makin banyak anda
menaja, makin besarlah bonus anda.

PLAN PEMASARAN HPA
Adil & Sukses

HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.

Kekuatan Plan Pemasaran HPA

1. Berteraskan prinsip ihsan
2. Keadilan pada setiap peringkat
3. Telus dan berdaya saing
4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan



Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.

Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran Hebat ini!
Anda boleh mendownload plan pemasaran (lengkap) HPA ini disini: plan_pemasaran_hpa.pdf

11 GANJARAN BONUS HEBAT HPA

1. Untung Runcit……………………………………………….20% ~ 25%
2. Bonus Prestasi Peribadi………………………………..10% ~ 20%
3. Bonus Kenaikan Pangkat…………………………….…23% ~ 35%
4. Bonus Pembelian Stabil…………………………………5% x NM HPA
5. Bonus Kemajuan Jaringan……………………………..6% x NM HPA
6. Bonus Generasi Pangkat………………………………..26%
7. Bonus Pengarah Jati Setia………………………………5% x NM HPA
8. Bonus Pengarah Jati Emas/Intan/Mahkota…….15%
9. Tabung Pelancongan……………………………………….5%
10. Tabung Perlindungan Takaful………………………..RM70,000 +++
11. Bonus Agen Stok……………………………………………..11% ~ 16%



Penerangan Ringkas Tentang Plan Pemasaran HPA

Belian minima yang disyaratkan untuk anda layak menerima bonus ialah 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan (anggaran dalam RM 100++).
contoh belian resize
Peratus bonus bulanan diberi berdasarkan jumlah Nilai Mata (NM) yang dikumpul secara:
1. Timbunan
2. Berkumpulan
3. Tiada had masa

Produk HPA

set lengkap HPARantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.

Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabung produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, lebih 100 jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Penggabungan rohaniah dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.

“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita, Nescaya Mereka Akan Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad


CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA

1)Dikilangkan mengikut standard“Good Manufacturing Practice”(GMP).
2)Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
3)Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
4)Menggunakan 100% herba.
4)Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
6)Tidak mengandungi Steroid.
7)Melepasi ujian had kandungan logam berat.
8)Melepasi ujian had Mikrob.
9)Melepasi ujian had kecairan.
10)Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
11)Gunakan tanpa was-was.

Herba HPA dikeluarkan dalam dua bentuk:-
1) Kapsul
2) Periuk

1) Kapsul :
Bagi pengguna yang telah sakit bertahun lamanya, penggunaan penggunaan kapsul adalah dicadangkan. Bagi mengelakkan daripada kesan terlalu panas seperti pening kepala, kering kerongkong, batuk dan lain-lain.
Herba jenis kapsul merupakan herba yang paling cepat larut dalam air dan sesuai digunakan untuk semua pengguna untuk pengetahuan semua pengedar. Kapsul yang digunakan adalah daripada Industri yang diakui halalnya.

2) Periuk:
Penggunaan herba periuk di dalam 2 bentuk iaitu:-
2.1) Air Rebusan
2.2) Pati Rebusan

2.1) Air Rebusan :
Air rebusan digunakan untuk sakit yang tidak melarat dan tidak terlalu serius dan pati rebusan digunakan untuk penyakit yang serius.
Aturan guna:-
1-Masukkan kesemua campuran ubat periuk ke dalam periuk
(periuk tanah adalah yang terbaik.
2-Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut(1:1).
3-Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih.
Pastikan melebihi 1 jam.
4-Keluarkan herba dan simpan di dalam peti sejuk atau
dijemur kering.
5-Minum air rebusan 3 kali sehari selepas makan
(pagi, petang dan malam).
6-Dos yang ditentukan ialah satu cawan teh cina (20ml).
7- Panaskan air rebusan setiap kali hendak minum.
8-Minum air rebusan ini hingga habis dan ulangi dengan
rebusan kali kedua.
9-Ubat periuk ini hanya unuk 3 kali ditambah air(14 hari).

2.2) Pati Rebusan :
1-Menggunakan ’slow cooker’.
2-Masukkan air yang telah dididih dengan kadar nisbah
1 bahagian herba dan 1 bahagian air dan gunakan set yang
paling rendah selama 4 jam.
3-Minum secawan lompang dan cara ini khususnya untuk pesakit
yang serius seperti kencing manis, kanser pangkal rahim dan
kanser payu dara.

** Rawatan yang dinyatakan diatas diaplikasikan hanya selepas
mendapat rundingan HPA.

Produk HPA Mengikut Kategori

1. Produk Kapsul dan Gel
2. Produk Kegunaan Harian
3. Produk Kosmetik
4. Produk Makanan
5. Produk Makanan Kesihatan
6. Produk Minuman
7. Produk Minyak
8. Produk Penawar Penyakit
9. Produk Kelengkapan Umrah & Haji
10.Produk Untuk Wanita


SENARAI LENGKAP PRODUK-PRODUK KELUARAN HPA
.:Sila klik mana-mana produk di bawah untuk maklumat lanjut:.

1. Air Mineral HPA (600 ml & 1500 ml)
2. Air Mineral HPA (5.5 liter)
3. Air Mineral Beralkali
4. Air Minuman Roselle (Ready To Drink)
5. Aiskrim Toyyibah
6. Anti Pimple Cream
7. Ardisia (Herba Ghout)
8. Ayam Kampung Organik
9. Ayam Organik HPA (Gred A)
10.Az-Zahraa Corset (bengkung tujuh meter)
11.Baja Organik HPA
12.Baju HPA
13.Balm Pala Aromatik
14.Barut Berherba
15.Bedak Awana
16.Bedak Delima
17.Bedak Delima Biji (untuk buasir)
18.Bedak Jasmin 19.Bedak Talkum Lelaki (IJK)
20.Bedak Talkum Wanita (MBK)
21.Bedak Tompok Hitam
22.Beras Perang Organik
23.Berus Gigi Kasturi
24.Biskut Radix
25.Biskut Coklat Radix
26.Body Hydrating Lotion
27.Brightening Cleansing Gel
28.Brightening Night Cream
29.Calming Fluid (Toner)
30.Centella White Protective Sun Cream
31.Cereal Radix (Minuman Bijirin)
32.Conditioner Aromaterapi
33.Coscinium Plus (Herba Resdung dan Alahan)
34.Claypot (Periuk Tanah)
35.D’Det -Untuk detoksifikasi
36.D’Deu -Untuk keseimbangan suhu
37.D’Karm -Untuk colon cleansing
38.Daging Kambing Organik
39.Daging Lembu Organik
40.EQ Minda
41.Evening Primrose Oil Softgel (EPO)
42.Evergreen Centella (gabungan spirulina dan pegaga)
43.Essential Cream Cleanser
44.Ficus (Herba Buasir)
45.Fish Burger HPA
46.Fish Cake HPA
47.Fish Ball HPA
48.Flaxseed Oil Softgel
49.Foot Lotion
50.Freesia Plus (Sabun Pencuci)
51.Garlic Oil Softgel
52.Gel Mandian Cucumber + Goat’s Milk
53.Grapeseed Oil
54.Habbatussauda’ Softgel
55.Hair Conditioner HPA
56.Hair Mask HPA
57.HB @ Health-B (Herba Tekanan Darah Rendah)
58.Herba Curcumin
59.Herba D Campuca
60.Herba Jawi (Misai Kucing)
61.Herba Keputihan
62.Herba Rebusan
63.Herba Rendaman Kaki
64.Herba Senggugut
65.Herba Tuju Angin
66.Ice Cream Soda Radix
67.Intensive Brightening Essence
68.Jem Roselle
69.Kapsul IMT (Imuniti) - ubat demam
70.Kismis Minda
71.Kiswah (Air Mawar)
72.Kopi O Radix (papan)
73.Kopi Radix
74.Kopi Radix Mega Jumbo
75.Kordial Kurma Madu
76.Kordial Asiatica (Pegaga)
77.Kordial Jambu Merah
78.Kordial Mangga
79.Kordial Roselle
80.Kordial Kundur
81.Krim But-but
82.Krim Pelangsing Badan
83.Kurma Mariami
84.Lady Cheer (Pencuci Khas Wanita)
85.Light Moisture Balance
86.Madulia (ubat batuk HPA)
87.Madu Asli
88.Madu Bersarang (Honey Comb)
89.Madu Tualang Asli HPA
90.Malac (Herba Batu Karang)
91.Men 2 In 1 Wash (Sabun badan dan syampu rambut)
92.Mineral Pot Digital
93.Minuman Roselle (Teh Uncang)
94.Minuman ALG (Teh Uncang)
95.Minyak Barut
96.Minyak Bayi
97.Minyak But-But
98.Minyak Herba
99.Minyak Kelapa Dara (VCO) Softgel
100.Minyak Pati Sepang
101.Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)
102.Minyak Zaitun Softgel
103.Morin-A (Herba Asma)
104.Multi Vitamin Scrub Mask
105.Nugget HPA
106.Omega 3 (Softgel & Kapsul)
107.Omrahaj Face & Body Moisturizer
108.Omrahaj Lip Balm
109.Omrahaj Cleansing Gel
110.Omrahaj Sabun
111.Omrahaj Shampoo & Body Wash
112.Orange Wash (cecair pencuci tangan)
113.Organik Mengkudu
114.Paramaria Plus
115.Pelawas (Penawar Sembelit)
116.Perencah Alami
117.Plantisol (Herba Kencing Manis)
118.Portulaca (jeruk dan kapsul)
119.Radix kapsul (Herba Tenaga)
120.Radix Cola
121.Radix Koko
122.Radix Sarsi
123.Radix Cola 500ml
124.Radix Oren 500ml & 1500ml
125.Radix Sarsi 500ml
126.Roselle Kapsul (Vitamin C)
127.Sabun Asiatica (Ekstrak Pegaga)
128.Sabun Bayi
129.Sabun Cassia (Ekstrak Gelenggang)
130.Sabun Clay (Gabungan Tanah Liat dll)
131.Sabun Kacip Fatimah
132.Sabun Pegaga Alami
133.Sabun Safron
134.Sabun Susu Kambing
135.Sabun Whitening & Firming Soup
136.Sate Ayam Organik
137.Set Bersalin
138.Set Kosmetik HPA (7 produk bermutu)
139.Shark Cartilage (Herba Antikanser)
140.Soothing Eye Gel
141.Sos Cili
142.Sos Thai
143.Sos Tomato
144.Spirulina kapsul
145.Spirumadu (gabungan spirulina dan madu asli)
146.Stoma-K (Herba Pelangsing)
147.Susu Kambing Segar Asli
148.Syampu Aromaterapi
149.Syampu Betik
150.Syampu Pandan Kasturi
151.Syampu Pegaga
152.Tea Tree Oil (krim pelbagai guna)
153.Teh Asiatica Plus
154.Teh Herba (Pegaga)
155.Teh Manjakani
156.Teh Tropika (Herba Misai Kucing)
157.Tepung Herba RFC
158.Tonik Pandan (minyak rambut)
159.Ubat Gigi Herba
160.Ubat Gigi Amal (untuk kanak-kanak)
161.Vitex (Herba Darah Tinggi)
162.Wahdah (Cecair Pencuci)

Senarai Penuh Produk HPA yang Terkini boleh juga dilihat di
http://hpa.com.my/produk-hpa/

Dan anda boleh mendownload file ini dalam format MS Excel di sini:
http://hpa.com.my/buy_online/downloadproduk.xls

Dapatkan produk-produk HPA ini di semua cawangan dan stokis HPA seluruh Malaysia. Senarai cawangan dan stokis HPA boleh dilihat di sini:
http://www.hpa.com.my/09/cawangan.html